Monday, November 8, 2010

Fail Guru Pemulihan Khas

Berikut merupakan Fail-Fail yang setiap guru pemulihan harus sediakan
1. FAIL INDUK
a. Surat-surat perhubungan luar dan dalam
b. Carta Organisasi Kurikulum dan Panitia
c. Jawatankuasa Panitia
d. Pekeliling-pekeliling ikhtisas

2. FAIL PERIBADI MURID
a. Borang pencalonan murid
b. Profil murid pemulihan khas
d. Borang penyelidikan latar belakang
e. Borang pengumpulan maklumat
f. rekod kesihatan
g. Ujian saringan dan Ujian diagnostik
h. Laporan prestasi UD

3. FAIL BANK SOALAN
a. Soalan dari sekolah lain
b. Soalan yang digunakan (UD, Ujian saringan dan Ujian Penilaian)

4. FAIL PROGRAM KECEMERLANGAN
a. Program Developmental dan Rutin
b. Program kecemerlangan

5. FAIL AKTIVITI KOKURIKULUM AKADEMIK
a. Surat mesyuarat
b. Laporan aktiviti tahunan

6. FAIL MESYUARAT
a. Surat jemputan mesyuarat peringkat sekolah
b. Minit mesyuarat bersama Panitia (diadakan sekurang-kurangnya 3x setahun)

7. FAIL SUSULAN - INDIVIDU
a. Untuk pelajar yang sudah melepasi kelas pemulihan dan telah ditempatkan di kelas biasa.
b. Lawatan
c. Inventori
d. BBM yang digunakan - buku, carta & kad

8. FAIL PEMERIKSAAN LEMBARAN KERJA
a. Jadual pemeriksaan
b. Instrumen atau bahan yang digunakan untuk memeriksa hasil kerja murid

9. FAIL BAHASA MELAYU - INDIVIDU
a. Analisis IPP2M/saringan
b. UD dan analisis
c. Rekod pencapaian murid
d. Borang Skor Individu

10. FAIL PERIBADI GURU PEMULIHAN KHAS
a. Profil guru
b. Surat lantikan
c. Jadual mengajar
d. Jadual persendirian

11.FAIL IPP2M
a. analisis IPP2M

12. FAIL SUKATAN PELAJARAN
a. Rancangan Pengajaran Tahunan
b. Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas
c. Huraian Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas
d. Senarai BBM dan kedudukannya

13. FAIL PENILAIAN / PENCERAPAN
a. Penilaian GB
Penilaian GPK

Monday, October 18, 2010

GERKO TENIS

PENDAHULUAN
Sukan merupakan salah satu komponen penting dalam bidang ko-kurikulum yang bertujuan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan harmonis untuk pelajar-pelajar sepertimana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”
(Dato’ Sri Mohd. Najib)
Dato’ Sri Mohd. Najib yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia mengungkapkan kepentingan sukan dalam kata-kata aluan pada sebuah buku Manual tennis. Melalui kata-kata ini kita sebenarnya dapat memetik beberapa kepentingan sukan kepada pelajar seterusnya menjadikan alasan tersebut sebagai satu jawapan kepada persoalan mengapa perlunya sukan diajarkan di dalam bilik darjah atau menjadi mata pelajaran khusus bagi para pelatih yang bakalmenjadi pendidik.
Oleh kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan kepentingan perkembangan secara menyeluruh, seimbang dan harmonis untuk para pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat tinggi, maka wajarlah aspek jasmani itu turut diambil berat.
Pihak Kementerian Pelajaran telah merumus khas Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan untuk dilatih bagi menyediakan pelatih menjadi guru pada masa akan datang. Disebabkan guru merupakan salah satu peranan yang terpenting untuk membentuk individu secara menyeluruh, maka guru pelatih harus dilatih bukan sahaja dalam aspek akademik tetapi turut menekankan aspek sukan.
Melalui kerja kursus ini, penulis akan mengulas beberapa maklumat penting mengenai sukan tennis yang boleh digunakan sebagai kegunaan guru pelatih dan juga pengetahuan am pembaca.
1. SEJARAH PERKEMBANGAN TENIS
Tenis merupakan salah satu program olahraga yang sudah sangat tua. Sumber pada pahatan yang dibuat sekitar 1500 tahun sebelum masihi di dinding sebuah kuil di mesir menunjukan bahawa permainan bola tenis pernah dimainkan semasa upacara keagamaan. Permainan ini kemudian meluas ke seluruh Benua Eropah pada abad ke-8.
Pada awal perkembangannya, tenis dimainkan dengan memakai tangan atau sebuah tongkat yang dipukul berganti-ganti menggunakan sebuah bola dari kayu yang padat. Permainan ini kemudian berkembang menjadi permainan bola yang dipukul melintasi sebuah dinding penghalang. Pada saat itu masih dirasakan bahawa tahap pengawalan bola lebih banyak menggunakan tangan. Media yang turut berkembang pada waktu itu juga menggunakan sarung tangan kulit yang kemudian dievolusi kembali dengan menambahkan tangkainya. Inilah asal usul lahirnya sebuah raket tenis. Bola pun dievolusi daripada sebuah bola kayu padat menjadi bola dari kulit yang diisi dengan kulit debu kulit padi.
Pada waktu itu, olahraga ini sangat berkembang di Perancis. Kemudian pada abad ke-16 sehingga ke-18, permainan ini mula dimainkan secara meluas terutama dalam kalangan raja-raja dan para bangsawan. Permainan ini digelar dengan nama ‘Jeu de Palme’ atau ’Olah raga telapak tangan’. Perkataan Tenis pula dipercaya berasal dari pemain Perancis yang sering menyebut kata ‘Tenez’ yang artinya “Main” setiap kali memulakan permainan dan sehingga sekarang perkataan tersebut digunkan sebagai nama olahraga ini. Tenis kemudian berkembang sehingga ke tanah Inggeris dan juga tersebar luas ke Spanyol, Itali, Belanda, Swiss dan Jerman. Namun demikian, tenis mengalami kemunduran saat terjadinya revolusi Perancis semasa berkuasanya Napoleon Bonaparte di Eropah.
Pada abad ke-19 barulah tenis dimunculkan kembali oleh para bangsawan Inggeris dengan membangun infrastruktur-infrastruktur country club atau lapangan tenis di rumah mereka yang besar. Oleh kerana pada waktu itu tenis lebih popular dimainkan di kawasan berumput, maka ia kemudiannya dikenali dengan sebutan ‘Lawn Tennis’ atau ’tenis lapangan rumput’. Pada waktu ini juga telah muncul bola melalui karet vulkanisir yang pada waktu itu dianggap dapat mengurangkan potensi kerosakan rumput di lapangan tanpa mengurangi kualiti bola itu sendiri.
Kemudian, wujud lagi sebutan Lawn Tennis yang berasal dari seorang Inggeris yang bernama Arthur Balfour. Sejak menemukan lawn tennis, orang mula mencubanya dengan memainkannya di permukaan lain seperti clay court (tanah liat) dan hard court (semen). Percubaan itu ternyata menunjukkan bahawa permainan tenis mampu mengatasi permainan Croquet sebagai olahraga musim panas. Puncaknya terjadi pada tahun 1869 ketika salah satu klub croquet ternama di Inggeris, All England Croquet Club, tidak berjaya menarik banyak peminat dan mencuba untuk memasukan tenis sebagai olahraga lainnya. Setelah itu, kelab ini sangat berjaya menarik peminat terutamanya dengan menggunakan tenis tersebut.
Pada tahun 1877 namanya menjadi ‘All Engand Croquet and Lawn Tennis Club’. Sejarah ini berlanjutan ketika lokasi kelab yang bertempat di Wimbledon mengalami kenaikan harga sewa tanah yang memaksa kelab tersebut mendapatkan dana lebih banyak dari yang biasa. Oleh itu, kelab telah mengadakan tournament tenis pertama di Wimbledon dengan membentuk sebuah panitia untuk mengadakan pertandingan dan membuat peraturan yang baku dalam permainan ini. Tournament tersebut disertai oleh 20 peserta dengan penonton sekitar 200 orang. Hal ini merupakan asal usul tournament Wimbledon yang merupakan salah satu tournament tenis bertaraf dunia. Kisah seterusnya mengenai pasca kelahiran tournament Wimbledon pertama pada tahun 1877. Setelah Wimbledon dilaksanakan, tenis mulai tersebar luas di seluruh tanah Inggeris dan mulai merentasi tanah Amerika.
Setelah itu, banyak tournament dilaksanakan di daerah-daerah dan munculah pemain-pemain hebat setempat yang bertandingi di daerah masing-masing. Bersamaan dengan ini adalah zaman revolusi industri yang memacu tenis menjadi sebuah industri olahraga baru. Syarikat-syarikat fabrik mulai menghasilkan net, kasut, bola dan raket tenis. Peraturan-peraturan bermain tenis pun diubah seiring dengan evolusi teknologi peralatan tenis dan pengalaman dari menjalankan tournament.
Pada tahun 1881 terbentuklah American Tennis Federation, United States National Lawn Tennis Association (kini United States Tennis Association), yang membuat keseragaman peraturan tenis yang baku di Amerika dan menjadi panitia pengeluaran tenis akbar yang pertama di Amerika yaitu U.S. National Men’s Singles Championship (sekarang US Open) di Newport, Rhode Island. Pertandingan antarabangsa tahunan pertama telah diselangarakan pada tahun 1900 yang bernama Davis Cup. Sehingga kini ia masih lagi dimainkan. Bukan hanya di Inggeris dan Amerika, malah Tenis juga popular di Perancis yang telah menganjurkan tournament pertamanya pada tahun 1891 yang dinamakan French Open. Ketiga turnamen ini bersama dengan Australian Open yang telah bergabung (1905) menjadi tournament penting akbar sedunia hingga saat ini dan diberi nama Grand Slam.
Dunia Tenis profesional mulai muncul pada tahun 1926 ketika seorang pengeluar kenderaan bermotor bernama CC Pyle mengadakan pertandingan eksibisi yang diikuti dengan pemain dari Amerika dan Perancis dengan penonton yang ditarik menggunakan bayaran. Dari hari itu telah banyak pemain yang bukan hanya bertarung di gelanggang tenis untuk mengejar kejuaraan sahaja, tetapi juga mengejar bayaran yang cukup banyak.
Olah raga tenis mulai mengalami kemunduran kembali ketika Perang Dunia II berkecamuk. Tournament-tournament akhbar di empat negara tersebut (Grand Slam-red) tidak dipertandingkan hingga tahun 1946 ketika perang telah berakhir. Ketika pertandingan tenis mulai muncul kembali, pakaian yang dikenakan pemain pula mengalami evolusi. Sebelumnya, pemain hanya mengenakan pakaian putih-putih dengan seluar panjang ala bangsawan berganti dengan seluar olahraga pendek yang lebih selesa digunakan dalam sukan.
Generasi seterusnya pada pasca perang semakin menjadikan Tenis menjadi olahraga yang dinamik. Teknologi peralatan tenis pun berkembang dengan pesat selaras dengan teknik permainan tenis. Hingga saat ini kita boleh melihat betapa pesatnya kemajuan teknologi tenis serta kualiti permainannya yang semakin tinggi. Hal ini ditambah dengan kemajuan teknologi penyiaran media massa yang mula menyiarkan siaran langsung melalui radio transistor pada tahun 1927 sehingga siaran langsung tournament Wimbledon tahun 1968 yang disiarkan pertama kali dalam full colour. Berkat jasa media massa pula Tenis menjadi olahraga yang bertaraf dunia.
Di Malaysia, permainan tennis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. Persatuan Tennis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian, perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dan Selatan Malaya telah dilaksanakan untuk merebut piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay untuk piala wanita. Di Malaysia kini terdapat pelbagai pertandingan yang berperingkat kebangsaan dan antarabangsa telah dilaksanakan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis di peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia.
Ringkasnya, permainan yang dimulakan dengan permainan telapak tangan ini berakhir menjadi permainan bertaraf dunia. Kini sukan ini telah melahirkan ramai bintang tenis yang terkenal. Antaranya ialah Jimmy Connors, John McEnro, Lle Natashe, Bjorn Borg, Monica Sales dan ramai lagi. Permainan ini kini menjadi salah satu nilai komersil yang sangat tinggi nilainya.
PERMAINAN TENIS
Tenis merupkan permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar ataupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.
a. GELANGGANG
Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya digarisi dengan menggunakan garisan putih.

b. JARING
Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dilitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.
c. RAKET
Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga berbeza. Namun, bagi pemain lelaki, berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.

d. BOLA
Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

e. PAKAIAN PEMAIN
Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

f. PEGAWAI PERMAINAN
Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.
CARA BERMAIN TENIS
a. MEMILIH RAKET
Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :
  • Saiz gengaman tangan
  • Saiz dan berat raket
Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru atau mula bermain tenis.
b. CARA MEMEGANG RAKET
Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan.
c. TEMPOH PERMAINAN
Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.
d. CARA MENDAPATKAN MATA
Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis.
Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.
Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata.
Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.
e. MEMULAKAN PERMAINAN
Permulaan permainan ditentukan secara undian, iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.
Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya.
Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya.
Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.
f. DALAM DAN SELEPAS PERMAINAN
Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan.
Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.
4. PERATURAN BERMAIN
Dalam permainan tenis peraturan-peraturan berfungsi sebagai panduan bagaimana bermain tenis serta had mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam permainan ini. Peraturan bermain tenis boleh didapati dengan merujuk kepada peraturan lengkap yang dikeluarkan oleh ITF (International Tennis Federation).
1. SKORING
Standard pengiraan angka yang dipakai dalam tenis adalah sbb:
- nol (love)
- 15
- 30
- 40
- Game
Apabila terjadi skor imbang pada poin 40, maka dinyatakan deuce (indonesia-jus) dan pemain berusaha merebut 2 poin berturut-turut untuk merebut game.
Pemain yang memenangkan game akan mendapatkan 1 angka dan harus dikumpulkan hingga merebut 6 game. Namun apabila terjadi angka sama pada poin 5 (5-5), maka game dilanjutkan hingga 7. Apabila game masih sama pula pada angka 6 (6-6), maka game berlanjut pada perhitungan Tie Break.
Tie Break terjadi pada skor game 6-6 dan pemain yang memiliki giliran serve memulainya dari sisi lapangan sebelah kanan pemain (deuce court) satu kali dan kemudian pindah serve pada lawannya yang memulai dari sisi kiri lapangan (ad court) dengan dua kali kesempatan dan selanjutnya masing-masing memperolehi dua kesempatan serve.
Apabila pemain telah menang dalam gamenya hingga 6 atau seperti yang disebut di atas, maka pemain tersebut dikatakan merebut 1 set. Standard yang dipakai dalam tournament tenis menerapkan 2 sistem set, yaitu :
- Best of Three : pemain memerlukan 2 set untuk menang pertandingan.
- Best of Five : pemain memerlukan 3 set untuk menang pertandingan.
2. Servis dan Penerima
Servis adalah pukulan pembuka suatu poin yang dilakukan oleh pemain di sisi deuce court dan penerima adalah pemain yang menerima pukulan serve di sisi diagonal dari pemain serve atau sama-sama pada sisi deuce court. Pemain yang melakukan service diharuskan memukul bola ke arah deuce court pemain lawan pada daerah service line.
Pemain mendapatkan dua kali kesempatan untuk melakukan servis. Namun bila servis terkena net dan jatuh pada daerah di dalam daerah servis lawan, maka servis diulang menurut jatah servisnya (contohnya apabila service kedua bola menyentuh net, maka service diulang sebagai service kedua dan mendapat 1 kali service lagi).
Untuk bergu, pemain yang pertama melakukan service ditentukan sebelum permainan dimulakan. Demikian juga dengan penerimanya. Setelah permainan selesai, maka penerima berganti menjadi pemegang service kemudian beraksi kembali untuk pemain kedua dari tim yang servis pertama mengendalikan service
Service dilakukan di belakang garis baseline, di sisi kanan lapangan (deuce court) menuju digonal ke arah daerah servis lawan. Pemain yang menginjak garis baseline atau masuk ke daerah permainan tenis pada saat tangan mengayun raket untuk melakukan servis dianggap melakukan kesalahan (foot fault) dan poin untuk pihak penerima.
3. Daerah dan garis Permainan
Untuk game single atau perorangan, daerah permainannya adalah zona dalam minus daerah alley, manakala untuk game bergu, garis permainannya meliputi seluruh lapangan didalam garis baseline.
Garis merupakan batas dari daerah permainan. Apabila seluruh bagian atau sebagian dari bola menyentuh garis permainan maka bola dinyatakan masuk karena bola menyentuh lapangan yang dihadkan oleh satu garis
4. Poin
Seorang pemain kehilangan poin apabila:
• Melakukan dua kali kesalahan pada service
• Tidak dapat memukul bola setelah lebih dari satu kali bola menyentuh tanah.
• Memukul bola namun jatuh di luar garis permainan (out).
• Pemain yang menerima service memukul bola sebelum bola memantul.
• Pemain dengan SENGAJA memukul bola lebih dari 2 kali sentuhan.
• Seorang pemain menyentuh bahagian net dengan raketnya atau dengan bahagian badannya semasa permainan masih diteruskan (bola masih dimainkan)
• Pemain memukul bola sebelum bola melintasi net.
• Bola menyentuh bahagian tubuh atau apapun yang melekat pada tubuhnya selain raket tenis.
• Bola menyentuh raket namun pemain tidak memegangnya.
• Pada permainan ganda, kedua pemain menyentuh bola dengan raketnya sekaligus.
JENIS-JENIS PUKULAN
a. Pukulan Pepat (Forehand drive)
i. Pukulan menggunakan telapak tangan yang memegang raket dihadapkan ke hadapan
b. Pukulan kilas (backhand drive)
i. Pukulan yang menggunakan punggung tangan yang memegang raket dihadapkan ke depan.
c. Voli bersudut (placing voli)
i. Pukulan forehand atau backhand sebelum bola memantul di lapangan
d. Pukulan rejaman (smash)
i. Pukulan keras yang menghentam bola tanpa menyentuh tanah di atas kepala dan diarahkan ke lapangan sang lawan
e. Groundstroke
i. Pukulan forehand atau backhand yang dilakukan setelah bola memantul sekali di lapangan.
f. Pukulan memancung (Slice)
i. Pukulan forehand atau backhand apabila raket dicondongkan sedikit dan dipukul dengan cara menghayunkan raket dari atas ke bawah
g. Spin
i. Pukulan forehand atau backhand apabila raket dicondongkan sedikit atau banyak dan pukulan tersebut menyebabkan arah bola bertukar kerana bola mengalami putaran.
h. Dropshot
i. Pukulan yang mengenai net lalu jatuh di daerah lawan
i. Lob
i. Pukulan tinggi ke belakang pihak lawan
j. Passing shot
i. Pukulan dimana bola melalui (bukan melintas) musuh yang berada di dekat net.
REFLEKSI
Melalui pelaksanaan portfolio Gerko Tenis ini, penulis telah memperolehi beberapa maklumat yang penting terutamanya dalam topik cara bermain tenis. Penulis sebelum ini tidak menyangka permain tenis itu bermula daripada permainan biasa dan turut pernah dilaksanakan dalam upacara keagamaan. Permainan biasa yang pada mulanya hanya menggunakan telapak tangan ini berkembang menjadi permainan yang bertaraf dunia.
Sepanjang bersama dengan jurulatih tenis IPG Kampus Keningau, penulis juga telah mempelajari banyak mengenai permainan ini. Penulis yang bermula dengan kemampuan yang paling minima. Penulis hanya mempunyai asas permainan badminton sahaja. Tanggapan penulis pada mulanya yang mengatakan bahawa badminton dengan tenis adalah benda yang sama ternyata salah. Bermain tenis merupakan salah satu permainan yang seronok tetapi sukar dipelajari. Permainan ini memerlukan kemahiran yang tinggi, tumpuan dan latihan yang banyak untuk menguasainya.
Contohnya, penulis diminta untuk membuat service untuk pertama kalinya. Bola yang dipukul langsung terkeluar daripada sasaran. Oleh itu, penulis memulakan latihan bersama Christcyee pada waktu petang. Penulis membuat target untuk memukul bola dengan mata 15. Penulis yang masih terlalu baru dalam permainan ini hanya mampu memasukkan bola dengan nisbah 10:1. Maksudnya, untuk mendapat mata 15, penulis telah memukul service secara purata sebanyak 150 kali. Walaupun sangat penat, namun penulis sangat bersyukur kerana setelaj itu, pelatih sudah pandai sedikit dalam permainan ini.
Selain daripada latihan, beberapa pengetahuan khas harus diketahui oleh penulis sebagai pemain tenis. Oleh itu, penulis telah memanfaatkan peluang mencari maklumat melalui portfolio tenis ini. Diharapkan agar penulis mampu menguasai permainan ini dengan baik suatu haru nanti.
RUJUKAN
FFAIILL SUMBER LLENGKAP GURU –– PENGAJJARAN DAN PEMBELLAJJARAN. (n.d.). PDF. Retrieved SEPTEMBER 2010, from Peennddiiddiikkaann JJaassmaannii ddaann Suukkaann uunnttuukk Seekkoollaahh--sseekkoollaahh Maallaayyssiiaa: http://kkledangsp.kklej.edu.my/sukan/eBOOOK/18%20tennis.pdf
Maula. (2008, JANUARI 22). Blogger. Retrieved september 2010, from SEJARAH PERMAINAN TENIS: http://maulaasman.blogspot.com/2008/01/sejarah-permainan-tenis.html
Panel Jurulatih MSN-MSSM. (1996). MANUAL LATIHAN TENIS. Selangor Darul Ehsan: Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd 1996.

Sunday, August 15, 2010

LITERASI BAHASA WAJ 3104


PENGENALAN

Today, technology plays an important role in the classroom literacy teaching. However, technology usage by Malay language teachers is still new and not as encouraging as expected due to lack of technical skills and experience among them.”

[Mahzan Arshad, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (2005)]

Secara umumnya, dunia pendidikan menekankan konsep “MEMANUSIAKAN MANUSIA” untuk membantu kanak-kanak berkembang selaras dengan usia mereka di tahap yang paling optimum. Bronfenbrenner dalam teori ekologinya menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi melalui persekitaran yang dibahagikan kepada 6 jenis iaitu mikrosistem, ekosistem, eksosistem, mesosistem, makrosistem dan kronosistem.

Dalam penulisan ini, penulis akan bertumpu kepada jenis yang keenam iaitu kronosistem yang memegang maksud perubahan keadaan dalam satu tempoh masa. Contohnya, kanak-kanak pada zaman global ini lebih berfokus kepada permainan yang diperolehi daripada media elektronik seperti komputer dan video games. Berbanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka lebih terdedah dengan permainan berunsurkan tradisional seperti congkak dan layang-layang. Berhubung dengan teori ekologi tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa pengajaran pada zaman ini seharusnya berasaskan teknologi moden sesuai dengan peredaran masa yang sedang dilalui oleh kanak-kanak.

Proses pengajaran berasaskan teknologi moden ini sebenarnya sangat penting dan boleh diguna pakai dalam pelbagai mata pelajaran terutamanya literasi bahasa. Literasi menurut kamus dewan edisi ke-empat mendukung maksud ‘kebolehan menulis dan membaca atau celik huruf’. Bahasa pula didefinisikan sebagai ‘sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, percakapan yang baik atau bersopan santun’. Oleh itu, literasi bahasa boleh didefinisikan sebagai kebolehan menguasai kemahiran menulis dan membaca sebagai medium perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia yang menggunakan bahasa yang sama.

Sebelum mencapai penguasaan dalam peringkat yang tertinggi dalam penguasaan bahasa iaitu penulisan wacana, kanak-kanak terlebih dahulu haruslah menguasai kemahiran literasi bahasa yang seterusnya akan membawa mereka menguasai peringkat yang lebih tinggi dalam tingkat penguasaan bahasa. Dalam menguasai kemahiran ini, guru harus memainkan peranan untuk memastikan bahawa pelajar benar-benar telah menguasai kemahiran tersebut. Dalam proses pengajaran tersebut, pelbagai kaedah harus diketengahkan agar pelajar benar-benar menguasai kemahiran itu.

Jika kita imbas kembali pendidikan literasi bahasa pada masa kini, kita sebenarnya masih lagi terikat dengan cara lama yang kurang merangsang pemikiran pelajar untuk menguasai tahap kemahiran dalam peringkat umur mereka. Demikian menurut kajian yang dijalankan oleh Mahzan Arshad iaitu pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Malaya menyatakan bahawa teknologi yang digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu kini masih kelihatan sangat kebaruan dan kurang berkesan seperti yang dikehendaki. Hal ini disebabkan oleh kekurangan kemahiran teknikal dan kurangnya pengalaman dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran literasi bahasa.

Oleh yang demikian, guru-guru harus menaik taraf cara pengajaran dengan menggunakan teknologi dengan cara menitikberatkan prinsip dan kriteria pemilihan bahan untuk aktiviti yang akan dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran literasi bahasa. Oleh hal yang demikian, penulis akan membincangkan topik tersebut dengan lebih lanjut lagi dalam penulisan ini.

1.0. PRINSIP DAN KRITERIA PEMILIHAN BAHAN AKTIVITI LITERASI BAHASA.

Untuk menggunakan bahan yang menepati prinsip dan kriteria yang telah ditetapkan, guru harus mengetahui isi kandungan pelajaran secara keseluruhannya agar bahan dengan isi kandungan mata pelajaran dapat disesuaikan. Hal ini demikian kerana ianya dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran literasi bahasa. Harus diketahui bahawa mata pelajaran literasi bahasa ini mengandungi beberapa sub kemahiran yang menekankan aspek latihan yang terpenting iaitu latihan pramenulis, menulis dan prabacaan. Namun demikian, dalam penulisan ini, penulis akan bertumpu kepada cabang aktiviti pramenulis, kaedah-kaedah membaca dan menulis mekanis.

Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai prinsip dan kriteria pemilihan bahan untuk aktiviti ini, konsep setiap sub kemahiran yang memerlukan latihan itu haruslah difahami dengan jelas oleh guru yang berkenaan. Menurut kamus dewan edisi ke-empat, menulis merupakan satu perbuatan mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena atau satu cara untuk melahirkan perasaan. Pra pula mendukung maksud awalan. Melalui dua definisi tersebut dapat kita simpulkan bahawa pratulisan boleh didefinisikan sebagai awalan mencatat dengan menggunakkan alat tulis.

Kaedah pula didefinisikan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu manakala membaca pula didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang ditulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan isi kandungannya. Demikian, kita dapat simpulkan bahawa kaedah membaca membawa maksud cara memerhatikan isi sesuatu yang ditulis atau tercetak dengan teliti dan memahami maksud isi kandungannya. Mekanis pula membawa maksud satu peringkat untuk membina asas yang teguh bagi sesuatu perkara (http://lestari-intelek.blogspot.com/2009/04/kemahiran-menulis.html). Jika dikaitkan dengan menulis mekanis dalam konsep di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa menulis mekanis mendukung maksud peringkat mendirikan asas yang teguh bagi perbuatan mencatat kata-kata dengan huruf dan menggunakan pena atau alat tulis.

Melalui definisi ringkas tersebut kita dapat melihat bahawa setiap sub kemahiran itu saling bergantung antara satu sama lain. Kemahiran menulis itu tidak akan dapat digilap sekiranya tidak bermula daripada kemahiran pramenulis kemudian diikuti oleh kemahiran menulis mekanis dan akan menuju ke peringkat seterusnya yang lebih mencabar. Peringkat-peringkat awal yang disebutkan tadi sememangnya sangat diperlukan dalam kalangan kanak-kanak untuk membina kemahiran psikomotor masing-masing sebelum melangkah ke arah kemahiran yang lebih tinggi.

Seperti hal penguasaan yang berperingkat-peringkat oleh pelajar, demikian juga dengan proses pengajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang terlibat seharusnya mengetahui bahawa selain perlu untuk menguasai kemahiran yang pelbagai dalam memilih, megolah, membina, menggunakan dan menilai bahan bantu mengajar , kemahiran yang diajarkan itu haruslah berperingkat-peringkat mengikut pengalaman sedia ada pelajar bermula daripada peringkat yang mudah kepada yang sukar berlandaskan prinsip dan kriteria tertentu. Oleh hal yang demikian, guru-guru harus mengetahui secara menyeluruh prinsip dan kriteria pemilihan bahan yang dimaksudkan.

Dalam pemilihan bahan untuk menjalankan aktiviti literasi bahasa, beberapa prinsip khusus telah diketengahkan untuk diambil kira oleh para pendidik. Prinsip yang pertama merujuk kepada objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang dicipta mestilah saling berhubung dengan objektif yang telah ditetapkan. Maksudnya, objektif pengajaran dan pembelajaran ditentukan terlebih dahulu sebelum mencipta bahan bantu mengajar agar objektif yang ingin dicapai bagi proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut dapat dicapai dengan satu cara pembelajaran yang menarik malah dapat merangsang minda pelajar melalui satu medium bahan bantu balajar.

Prinsip yang kedua pula merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Para pendidik harus mengetahui bahawa pendidikan di Malaysia bertunjangkan kepada beberapa dasar seperti FPK itu sendiri. FPK bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari intelek, rohani, emosi dan jasmani dan berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Berdasarkan prinsip ini, bahan bantu mengajar yang dicipta itu mestilah boleh membantu para pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dengan baik. Maksudnya, bahan bantu mengajar itu mestilah meliputi unsur-unsur intelek atau pengetahuan yang positif dan nilai-nilai afektif dan moral.

Prinsip yang ketiga pula menekankan kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Melalui prinsip ini, pelajar harus diajar untuk menggunakan setiap sub kemahiran dalam mata pelajaran literasi bahasa dalam kehidupan seharian mereka dengan menggunakan bahasa yang betul dari aspek sintaksis dan semantiknya. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas, para pelajar harus dilibatkan secara aktif dalam apa juga situasi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran itu seharusnya membolehkan pelajar merasakan proses komunikasi itu seperti dalam keadaan sebenar. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran itu harus meliputi kaedah main peranan atau simulasi yang mendedahkan mereka kepada penggunaan literasi bahasa tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Apabila hal seperti ini dilakukan maka pelajar akhirnya akan mengetahui bahawa bahasa boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa untuk berkomunikasi.

Selain itu, bahan bantu mengajar seharusnya dibina berlandaskan prinsip keperluan belajar pelajar. Harus diketahui bahawa keperluan belajar pelajar itu bukanlah hanya terhad pada keperluan berbahasa atau berkomunikasi sahaja tetapi ianya harus menitikberatkan kepentingan pembinaan intelek dan emosi mereka. Keperluan belajar itu juga tidak hanya bergantung kepada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi harus menitikberatkan sejauh mana pengalaman sedia ada pelajar itu. Maksudnya, ilmu yang disampaikan pada hari itu harus ditambah berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan, para pelajar harus diperkenalkan dengan pembelajaran berperingkat. Pembelajaran yang berperingkat ini walaupun hanya sedikit tetapi ia harus mengandungi benda baru pada setiap peringkat yang seterusnya dan saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini ditetapkan demikian agar pelajar mampu mengaitkan pengalaman lalu kepada pengalaman yang baru mereka perolehi. Oleh itu, guru harus mengetahui bahawa bahan bantu mengajar itu berfungsi untuk pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu agar keperluan mereka dapat dipenuhi secara optimum.

Di samping itu, binaan bahan bantu mengajar itu haruslah mengambilkira perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar itu sendiri. Ketiga-tiga aspek ini seharusnya ditekankan sama rata dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa memang merupakan aspek yang paling penting dalam mata pelajaran ini. Namun demikian, guru harus mengambil kira proses pembelajaran lingkungan pelajar yang diajar. Guru tidak boleh menggunakan sepenuhnya bahasa melayu sekiranya lingkungan pelajar yang diajar itu tidak boleh berbahasa melayu. Guru haruslah bijak mengasimilasi bahasa mereka dan perlahan-lahan memperbetulkan bahasa yang mereka gunakan. Contoh seterusnya yang boleh kita lihat adalah pendekatan yang digunakan. Pendekatan bermain sambil belajar yang diperkenalkan memang sangat disukai oleh para pelajar. Namun demikian, guru harus memastikan bahawa permainan yang dijalankan itu bukan sekadar menggembirakan tetapi harus mengambil kira nilai yang mahu ditetapkan dalam satu interaksi. Selain itu, guru harus terus memastikan bahawa bahasa yang mereka gunakan itu masih dalam lingkungan penggunaan bahasa yang betul.

Prinsip yang seterusnya ialah berkaitan dengan motivasi intrinsik dalam diri pelajar. Motivasi intrinsik yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow ini merupakan satu penggerak dalaman yang harus dimiliki oleh seseorang pelajar dalam mempelajari sesuatu. Amat sukar untuk seseorang itu menguasai sesuatu tingkat ilmu sekiranya tidak diminatinya berbanding dengan yang meminatinya. Masalah yang akan ditemukan dalam hal ini ialah minat pelajar. Oleh itu setiap guru harus mengetahui bahawa minat pelajar terhadap sesuatu perkara boleh ditimbulkan apabila perkara tersebut dapat dihubungkaitkan dengan perkara yang mereka minati. Melalui konsep tersebut, guru harus bijak memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan dimulakan dengan pengalaman sedia ada yang mereka minati agar timbul rasa minat terhadap perkara baru yang akan dipelajari.

Setelah mengetahui prinsip-prinsip binaan bahan bantu mengajar yang harus dikuasai oleh setiap guru, beberapa kriteria yang menyentuh sifat bahan bantu mengajar juga harus dikenal pasti agar bahan binaan tersebut memberikan pelbagai faedah bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada murid dan alam belajarnya.

Kriteria yang pertama yang harus dipertimbangkan ialah keselamatannya. Bahan bantu mengajar yang dibina mestilah selamat digunakan oleh setiap pelajar. Sebarang sifat fizikal seperti tajam dan mudah pecah tidak sesuai digunakan kerana bahan bantu mengajar kemungkinan mencederakan para pelajar.

Kriteria yang kedua ialah ketahanan bahan bantu mengajar tersebut. Ketahanan yang dimaksudkan ialah tahap kesesuaian dengan pelajar atau kelompok pelajar yang diajar. Tujuannya supaya alat itu boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang dan boleh digunakan oleh pelajar untuk belajar secara individu.

Kos juga haruslah diambil kira dalam pembinaan bahan bantu mengajar. Kos itu seharusnya sesuai dengan keadaan kewangan sekolah. Adalah lebih baik jika kos yang digunakan kurang. Hal ini demikian kerana, kejayaan sesebuah bahan bantu mengajar itu bukan bergantung kepada mahal atau murah benda tersebut. Oleh itu, ada baiknya jika bahan yang dihasilkan itu diambil daripada bahan-bahan terbuang dan lebih baik jika bahan itu dibina oleh pelajar sendiri dengan bantuan guru-guru. Perkara sedemikian bukan sahaja membantu pengurangan kos tetapi turut menyumbang kepada perkembangan daya cipta pelajar.

Selain itu, aspek-aspek teknikal yang digunakan mestilah sesuai dengan kemudahan bilik darjah. Selalunya, bahan bantu mengajar yang mempunyai ciri teknikal yang mesra dengan persekitaran bilik darjah akan lebih membantu pelajar. Contohnya, bahan tersebut boleh dilekat atau digantung di dinding kelas dan diletakkan di atas meja pelajar.

Unsur seperti ketepatan maklumat juga turut menjadi salah satu kepentingan utama dalam binaan bahan bantu mengajar. Contohnya, dalam penggunaan aspek warna, gunakan warna hijau untuk rumput segar bukannya hitam kerana rumput berwarna hitam itu tidak wujud dalam dunia sebenar.

Di samping itu, bahan bantu mengajar yang dibina mestilah mempunyai kriteria mudah alih. Hal ini demikian kerana, sifat tersebut memudahkan kerja guru dan pelajar untuk menggunakkanya dengan baik. Bahan bantu mengajar kadang kala perlu untuk dipindahkan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Fungsinya adalah untuk memberi kefahaman yang mudah dengan menggunakan ruang, masa dan tenaga yang minimum.

Bahan bantu mengajar yang dibina juga haruslah mengambil kira saiz atau pengelolaan kelas. Ini bermaksud bahan binaan itu tidak boleh terlalu kecil. Guru-guru harus memastikan bahawa bahan itu boleh dilihat dengan jelas dari jarak jauh. Jarak jauh yang dimaksudkan ialah kedudukan pelajar yang berada di hujung kelas boleh melihat bahan tersebut dari hadapan dengan jelas. Guru juga harus memikirkan bagaimana bahan tersebut digunakan dalam situasi pembelajaran secara kelas. Kelompok atau individu.

Selain itu, jangka masa pengajaran juga harus diambil kira. Oleh itu, guru-guru harus menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dikendalikan dalam tempoh masa tertentu agar pembaziran masa tidak berlaku..

Kepelbagaian dalam pengajaran juga merupakan antara kriteria terpenting dalam pembinaan bahan bantu mengajar. Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Kepelbagaian ini membantu para pelajar mengenal konteks variasi bahan dan seterusnya membolehkan mereka memilih variasi-variasi tertentu untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu dengan betul. Kepelbagaian ini juga merujuk kepada variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register) dan medium (lisan dan tulisan).

Di samping itu, harus diintegrasikan kemahiran bahasa dalam pembinaan bahan bantu mengajar di mana ianya melibatkan penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras pelahiran iaitu tulisan dan bertutur. Oleh kerana sifat kemahiran ini adalah kesatuan dan bukan terpisah-pisah maka kemahiran ini haru digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.

Dalam pembinaan bahan bantu mengajar ini, harus dititikberatkan juga kriteria yang menyentuh standardisasi dan simplikasi. Kriteria ini amat perlu kerana membolehkan guru-guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Dalam proses ini, bahan tersebut akan disunting, diproses dan diubahsuai supaya sesuai dengan kebolehan pelajar. Contohnya, dalam aktiviti pramenulis, harus dilakukan aktiviti yang bersesuaian dengantahap tersebut dan bukannya mengambil aktiviti daripada menulis mekanis. Ia juga harus disesuaikan berdasarkan perbezaan jantina, umur, kawasan, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Kriteria yang terakhir ialah penyerapan nilai dan pengetahuan melalui bahan bantu mengajar tersebut. Satu unsur penting yang harus diketengahkan ialah pengajaran dan pembelajaran haruslah menekankan nilai moral sejak dari kanak-kanak mula menjejakan kaki ke dalam dunia pendidikan. Peringkat pramenulis, menulis mekanis dan pramembaca itu merupakan antara pendidikan terawal yang diberikan kepada kanak-kanak. Oleh itu, seharusnya nilai moral harus diterapkan dari peringkat ini lagi. Melalui strategi ini, pelajar akan dapat menambah pengetahuan baru dan sentiasa menyedari akan kewujudan dan kepentingan mereka dalam kehidupan lingkungan manusia.

Demikianlah antara prinsip dan kriteria yang sepatutnya ada dalam setiap bahan bantu mengajar yang dibina khusus untuk para pelajar terutamanya pelajar yang baru sahaja menjejakan kaki ke dalam dunia pendidikan. Bukan pelajar untuk bahan bantu mengajar tetapi bahan bantu mengajar untuk pelajar.

2.0 BINAAN BAHAN PENGAJARAN

Kembali kepada kenyataan yang dibuat oleh salah seorang penuntut Fakulti Pendidikan Universiti Malaya iaitu Mahzan Arshad yang menyatakan bahawa guru-guru bahasa melayu pada masa kini tidak menggunakan teknologi yang sedia ada dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun teknologi semakin menguasai peradaban dunia, guru kelihatannya masih tidak mampu mengubah tradisi yang dilakukan pada zaman dahulu kala yang hanya merujuk kepada buku teks, buku rujukan, akhbar dan sebagainya. Tindakan ini seakan-akan menunjukan bahawa guru lupa akan wujudnya teknologi yang menjadi dunia pelajar.

Oleh itu, guru pendidikan literasi seharusnya memanfaatkan keuntungan yang dikecapi kini kerana memiliki kemudahan yang mampu membantu mempercepatkan dan meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran literasi bahasa melayu di sekolah di negara ini. Pemilihan teknologi dalam membina bahan bantu mengajar ini adalah berlandaskan beberapa kepentingan dan faedah yang seharusnya diketahui oleh setiap guru. Faedah yang dimaksudkan ialah teknologi dalam pendidikan mampu meningkatkan kualiti pembelajaran literasi, dapat menggunakan masa dengan berkualiti, meningkatkan kualiti pengajaran guru, mempelbagaikan teknik pengajaran tanpa mengorbankan kualiti kandungan dan kemahiran literasi yang ingin dicapai serta membantu guru dalam meningkatkan minat pelajar untuk belajar.

Oleh itu, bahan pengajaran yang akan ditumpukan dalam penulisan ini adalah bahan pengajaran berbentuk penggunaan teknologi. Teknologi dalam pendidikan menurut Suruhanjaya Teknologi Pengajaran USA merupakan satu cara yang sistematik untuk merekabentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972).

Melalui definisi tersebut, kita sebenarnya dapat mengambil satu tujuan utama penggunaan teknologi dalam pendidikan iaitu membuka jalan bagi pelajar untuk menguasai atau memperolehi matlamat pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata pelajaran. Harus diingati juga bahawa bahan bantu mengajar ini bukan digunakan untuk menggantikan peranan guru tetapi untuk membantu guru.

Oleh itu, setiap pelatih atau insan yang bakal menjadi pendidik harus mendalami penggunaan teknologi dalam membina bahan bantu mengajar. Demikian, dalam penulisan ini, satu bahan bantu mengajar pada peringkat pramenulis telah dibina dengan menggunakkan video, audio, grafik, animasi dan sebagainya untuk membantu pelajar belajar dengan lebih baik lagi. Bahan bantu mengajar ini dibina menggunakan perisian komputer (microsoft power point) yang digabungjalinkan dengan beberapa program yang lain seperti penggunaan alat perakam audio dan video. Melalui bahan binaan ini, diharapkan pelajar dapat mempelajari konsep pramenulis dengan cara yang menarik dan pelbagai.