Monday, May 17, 2010

SUmbangan Tamadun Islam!


“You can't say civilization don't advance... in every war they kill you in a new way.”

Kata-kata yang diucapkan oleh Will Rogers itu lebih dari menyedarkan kita bahawa ketamadunan dalam sesuatu bangsa itu sangatlah penting. Will Rogers mengatakan bahawa manusia tidak boleh mengatakan bahawa tamadun tidak penting kerana tamadun itulah yang akan cuba membunuh manusia dalam setiap peperangan dalam kehidupan dalam pelbagai cara. Bilamana manusia tidak mampu mengadaptasi sejarah lampau dalam kehidupan, manusia akan jatuh dan sukar untuk bangkit kembali. Satu persoalan yang nyata dalam situasi ini adalah kepentingan tamadun tersebut. Apakah tamadun sehingga ia menjadi tunjang utama dalam kehidupan manusia? Bagaimana pula kita menguasai ketamadunan tersebut agar kita boleh mengadaptasikannya dalam kehidupan kita?

Tamadun ditakrifkan sebagai gambaran kemajuan kebendaan. Namun di sebalik kamajuan kebendaan itu yang didasari oleh kemajuan sains dan teknologi, peningkatan dari segi akhlak dan moral juga sangat penting. Perkataan ‘maddana’ iaitu etimologi bagi tamadun bermaksud perbuatan membuka bandar dan memperhalusi perbuatan atau budi pekerti seseorang. Manakala perkataan ‘deen’ pula bermaksud kehidupan beragama.

Dari segi istilah tamadun ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan yang mencakupi segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan teruatamanya dalam bidang sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan aspek-aspek lain yang baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yg memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Beberapa terminologi yang dikaitkan dengan tamadun ialah hadarah, peradaban dan civilization. Terminologi ini secara keseluruhannya memberikan maksud yang sama iaitu mencakupi aspek kemajuan dalam kebendaan dan ketinggian akhlak. Hadarah bermaksud perbuatan duduk di bandar dengan mengamalkan perilaku kehidupan yang tinggi. Peradaban pula bermaksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah masyarakat. Civilization pula mengutamakan penggabungan antara ketinggian budaya dgn kemajuan kebendaan. Ibn Kaldun mengungkapkan bahawa ketinggian sesebuah tamadun bukanlah diukur melalui ketinggian kebendaan tetapi diukur melalui suasana kemakmuran di tengah kemewahan.

Tamadun juga dihubungkaitkan dengan beberapa aspek yang paling penting dalam kehidupan manusia iaitu agama dan budaya. Oleh itu secara ringkasnya kita dapat menyimpulkan bahawa tamadun itu ditekankan sebagai suatu aspek yang penting kerana ianya mementingkan kemajuan dari dua aspek yang sangat sukar untuk diseimbangkan iaitu aspek kebendaan dan kerohanian.

Untuk mencapai tahap yang dimaksudkan, terlebih dahulu manusia seharusnya mempelajarinya melalui beberapa tamadun lain seperti tamadun cina, tamadun india dan tamadun Islam. Dalam kerja kursus ini, saya akan memfokuskan mengenai pencapaian tamadun Islam dan sumbangannya dalam pelbagai aspek.

TAMADUN ISLAM

Seperti tamadun lainnya, tamadun Islam juga melalui peringkat permulaan, perkembangan, kegemilangan dan seterusnya kejatuhannya. Setiap aspek tersebut penting untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan sejagat terutamanya di zaman kegemilangan teknologi seperti sekarang ini. Namun demikian, adalah penting juga untuk kita melihat kepada sumbangannya sehingga kita maju seperti sekarang ini. Sebelum melihat kepada sumbangan itu, terlebih dahulu kita perlu melihat kepada sandaran atau sifat-sifat tamadun itu sendiri.

Tamadun Islam bersifat keagamaan di mana tamadun tersebut diterajui berasaskan wahyu yang telah diterima oleh Nabi Muhamad melalui malaikat Jibril. Tamadun Islam ini memiliki sifat-sifat khusus yang menjadikan ia mampu bertahan tanpa mengira sempadan masa dan geografi. Sifat-sifat tersebut ialah sifat kesejagatan, keterbukaan, sepanjang zaman, toleransi, kesatuan dalam kepelbagaian dan mengutamakan keseimbangan dari segi rohani dan jasmani. Melalui sifat-sifat inilah tamadun Islam berkembang dan menyumbangkan banyak keperluan manusia dalam kehidupan dan dibawa hingga hari ini.

Sumbangan-sumbangan itu pula dapat dilihat melalui 8 aspek yang utama iaitu dalam bidang falsafah dan pemikiran, agama islam, kemasyarakatan, ekonomi, perubatan, botani, sains dan teknologi dan bahasa. Untuk melihatnya dengan jelas, eloklah diulas setiap pencapaian dalam setiap aspek itu satu persatu.

1.1: FALSAFAH dan PEMIKIRAN.

Melalui falsafah dan pemikiran, tamadun Islam telah berjaya menghilangkan pemikiran manusia yang kolot terutamanya pada zaman kegelapan. Dalam aspek ini, konsep pendidikan, keintelektualan dan penerokaan ilmu diutamakan.

Konsep pendidikan dalam tamadun Islam tidak jauh bezanya dengan pendidikan yang diterapkan oleh tamadun lainnya. Oleh kerana pendidikan dalam tamadun Islam banyak memberi sumbangan dalam aspek falsafah dan pemikiran maka pengertian pendidikan Islam harus dihayati dan diaplikasikan untuk membina generasi Islam dan insan yang sempurna. Tarbiyyah ialah satu proses membentuk keperibadian manusia dari satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai matlamat terakhir, iaitu insan yang sempurna mengabdikan diri dengan tulus ikhlas kepada Allah s.w.t. Ta’lim pula merupakan satu proses pengajaran atau pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah di bumi ini. Pengertian pendidikan yang seterusnya ialah Ta’dib iaitu proses mendidik manusia agar mampu mengembangkan segala potensi ke arah pembentukan tatasusila perlakuan atau adab sebagaimana yang dikehendaki oleh islam. Ia bersesuaian dengan sabda nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud ‘Tuhanku telah mendidik (addaba) aku dalam bidang adab. Dia telah menjadikan pendidikanku (ta’dib) yang terbaik’. Irsyad pula merupakan petunjuk ke arah jalan yang lurus bagi kehidupan dunia seperti yang digariskan oleh al-Qur’an dan al-sunnah. Tadris yang mana merupakan pengertian terakhir bermaksud pengajaran yang dilakukan oleh seseorang kepada penuntut tentang sesuatu mata pelajaran.

Secara ringkasnya, kita boleh mengatakan bahawa pendidikan melalui pandangan Islam ialan proses pendidikan yang menyediakan seseorang dari aspek tubuh badan, akal, rohani dan mental sehingga menjadi masyarakat yang berguna untuk diri sendiri dan ummah. Melalui prinsip dalam pendidikan ini wujudlah falsafah dalam bidang pengalaman manusia.

Tamadun Islam memulakan perubahan melalui falsafah dan pemikiran manusia apabila Nabi Muhamad s.a.w menerima wahyu yang pertama pada tahun 610 M, iaitu surah al-Alaq’ ayat 1 yang bermaksud;

‘ Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan. Dia menjadikan manusia daripada segumpal darah, bacalah dengan nama Tuhan kamu yang Maha Mulia yang mengajar manusia menulis dengan pena. Tuhan mengajar manusia dengan perkara-perkara yang tidak diketahui.”

Melalui ayat-ayat tadi, Islam diberikan kewajipan untuk menuntut ilmu tanpa mengira jantina dan keturunan. Ayat pertama yang terdapat dalam ayat itu adalah iqra’ (baca) menyeru umat islam untuk membaca kerana membaca adalah langkah pertama yang terbaik yang harus dilakukan dalam proses pendidikan. Sehingga kini, kebaikan membaca itu dapat dilihat dan dipraktikan.

Selain itu, Tamadun Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhamad juga telah mengambil langkah untuk mendirikan masjid sebagai pusat pendidikan. Perkembangan Institusi pendidikan pada zaman-zaman berikutnya menyaksikan kewujudan institusi pendidikan Islam seperti Kuttab, masjid dan institusi pengajian tinggi (madrasah/kolej). Sehingga kini, penubuhan pusat pendidikan yang berunsurkan keagamaan ini masih berterusan dan diguna pakai.

Setelah kemangkatan baginda, pendidikan ini terus diperjuangkan oleh beberapa orang khalifah. Contohnya, pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab (13-24H/634-644M), beliau telah mengadakan takwim islam berdasarkan tahun hijrah. Takwin ini bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran negara dan memudahkan urusan dalam aspek pendidikan yang membabitkan penggunaan tarikh. Sehingga kini, kita masih menggunakan tarikh dalam kehidupan seharian kita dan kepentingannya memang tidak dapat dipertikaikan.

Pada tempoh pemerintahan yang diterajui oleh Bani Umaiyah, bidang pendidikan lebih maju dalam membuka pemikiran manusia ke arah falsafah dan pemikiran Islam. Guru-guru yang professional telah ditambah mengikut tahap pendidikan. Mata pelajaran yang diajar juga bertambah iaitu ilmu fikah, tauhid, tafsir al-Qur’an dan hadis, ilmu hisab, sejarah, sastera, ilmu perubatan, kesenian dan falsafah. Ilmu dalam menulis juga dipertingkatkan untuk memahami al-Qur’an. Proses pendidikan ini seterusnya membawa manusia dahulu dan sekarang maju dalam pendidikan.

Ilmu tasawwuf juga merupakan salah satu ilmu tamadun Islam yang dikenali sebagai tasawuf falsafah dalam teori wahdat al-wujud yang diasaskan Ibn’Arabi. Ilmu yang masih diguna pakai sehingga kini ini merupakan satu jalan untuk mengenal Tuhan. Ia mesti melalui perlbagai peringkat iaitu berguru, memahami syariat, memasuki tarekat dan sampai kepada hakikat, iaitu makrifat Allah s.w.t.

Falsafah juga boleh dilihat melalui tokoh-tokoh Islam yang dicontohi oleh orang Eropah seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Selain itu, Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671.

Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan se­takat menterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah buku Robinson Crusoe yang dihasilkan pada abad ke­ 18M.

Demikian juga dengan idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan, telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.

Sumbangan tamadun ini juga dapat dilihat melalui perubahan sikap mereka terhadap kehidupan di dunia. Orang Eropah menganggap kehidupan di dunia bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai fahaman humanisme pada abad ke-13M.

Selain daripada pendidikan melalui buku dan sekolah, penerokaan atau penjelajahan juga turut menyumbang kepada ilmu pengetahuan untuk mengubah falsafah dan pemikiran manusia. Ia juga membantu manusia mengambil pengetahuan melalui tamadun sebelumnya dan pemerhatian Islam. Penerokaan itu termasuklah penerokaan ilmu astronomi, geografi dan perubatan.

Sumbangan tamadun Islam pada ketika itu bukan sahaja diguna pakai pada zaman tersebut tetapi sebenarnya masih berterusan sehingga kini. Ianya dapat dilihat melalui kepentingan ilmu yang diwar-warkan di seluruh dunia.

1.2: AGAMA ISLAM

Tamadun Islam juga memberi sumbangan kepada agama Islam itu sendiri. Sumbangan ini juga merupakan sumbangan tamadun Islam yang terbesar kerana ia membawa kepada akidah. Akidah bermaksud kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan Tuhan yang dikenali sebagai Rukun Iman yang merupakan dasar dalam proses pembinaan pendidikan. Aspek lainnya yang menyumbang kepada agama Islam ialah syariah dan akhlak.

Nabi Muhamad s.a.w menganjurkan umat Islam agar berakhlak mulia kerana untuk mendampingi Allah s.w.t. memerlukan akhlak yang terpuji. Akhlak yang terpuji boleh membentuk individu dan masyarakat yang bertakwa. Ini sekaligus dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Tamadun islam juga memberikan sumbangan kepada masyarakat melalui syariah iaitu satu rang undang-undang yang menyediakan hidup kepada manusia.

Ringkasnya, akidah merujuk kepada motif penggerak ke arah tamadun manakala syariah merupakan penunjuk ajar kepada asas pembentukan tamadun.

Kedatangan Islam ini telah telah mengubah pandangan semesta masyarakat Melayu dari percaya kpd roh (animisme) dan dewa (hindu-buddha) kpd kepercayaan kepada Allah s.w.t Tuhan yang maha Esa juga mengubah kehidupan tidak beragama kepada kehidupan yang beragama. Walaupun kepercayaan animisme dan hindu-buddha belum berjaya dikikis, namun ianya makin berkurangan dengan bantuan pendekatan pendidikan yang meluas dalam agam Islam

1.3: KEMASYARAKATAN.

Umumnya manusia mengenali masyarakat Islam sebagai kelompok manusia yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam dalam satu masyarakat Islam. Namun, realitinya masyarakat Islam ialah orang Islam yang hidup bersama-sama golongan bukan Islam dalam satu kelompok masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai Islam

Sebelum kedatangan tamadun Islam, kehidupan manusia sangat kacau bilau terutamanya pada zaman jahiliah. Zaman ini merupakan zaman kegelapan di mana manusia mencapai kemajuan kebendaan yang tinggi namun amat teruk dari segi kerohanian. Pelbagai perkara yang tidak baik berlaku seperti amalan riba dan penindasan dalam kegiatan ekonomi, dan wujudnya system kabilah dengan semangat ‘assabiyyah yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat. Semangat ini menyebabkan berlakunya persengketaan yang membawa kepada kerosakan keharmonian masyarakat sejagat walaupun perkara yang menjadi punca hanya perkara yang kecil. Selain itu, wanita pada zaman tersebut tidak dipandang kerana dianggap tidak berguna. Mereka juga sanggup menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana menganggap wanita memberi masalah sosial dan ekonomi kepada mereka.

Pada peringkat awal masyarakat Melayu, mereka terpengaruh dengsn elitisme yang diwarisi daripada zaman hindu-buddha dan juga kehidupan pada zaman kegelapan. Ia diteruskan dengan peringkat awal selepas kedatangan Islam di mana sistem sosial masih lagi berasaskan kesedaran kelas (class consciousness) atau bersifat superior-inferior (golongan pemerintah & yang diperintah). Ini membentuk halangan sosial (social barrier) antara atasan & bawahan.

Oleh itu, Tamadun Islam memperkenalkan konsep keadilan tanpa mengira kedudukan atau pangkat dalam masyarakat. Konsep ini lebih dikenali dengan konsep persamaan taraf manusia. Oleh itu, tidak ada perbezaan taraf masyarakat yang membolehkan masyarakat yang lebih rendah tarafnya ditindas. Wanita juga menjadi semakin penting dalam masyarakat kerana kewujudan mereka dihargai. Konsep persamaan taraf manusia yang diperkenalkan oleh tamadun Islam membawa kepada keamanan masyarakat.

Tamadun Islam juga memperkenalkan sistem Khalifah yang adil dan sistematik. Kesan daripada perubahan ini gelaran raja ditukar kpd sultan kemudian diwujudkan sistem syura di kalangan ahl al-hal wa al-aqd dan sistem hisbah yg megawal kemungkaran.

Selain itu, boleh dikatakan bahawa masyarakat Islam yang pertama yang terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya di Madinah, sebaik sahaja Baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah. Baginda dan para sahabatnya telah mendirikan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai Islam dengan gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi contoh.

Tamadun Islam juga menyedarkan masyarakat bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu. Setiap individu dalam masyarakat mempunyai hak hidup dengan aman dalam sebuah masyarakat. Kebebasan berfikir, beragama dan melahirkan pendapat juga seharusnya dimiliki oleh setiap anggota masyarakat. Setiap individu bebas bergerak dan melakukan sebarang aktiviti yang bermanfaat tanpa batasan warna kulit atau pegangan agama.

Setiap manusia juga boleh menegakkan kebaikan dan menentang kemungkaran. Perlindungan politik juga diberi kepada sesiapa sahaja yang teraniaya tanpa mengira bangsa, pegangan agama dan warna kulit. Setiap individu juga berhak untuk bekerja dan mengusahakan sesuatu untuk mencari rezeki dan kekayaan yang halal.

Oleh kerana masyarakat pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama, budaya, bahasa dan kelas. Masyarakat yang beragama Islam mesti tunduk kepada hukum Islam manakala masyarakat yang bukan Islam yang tinggal dengan aman bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang Islam kerana ia tertakluk kepada tanggungjawab politik, bukan tanggungjawab aqidah atau agama.

Sehingga kini, kita dapat melihat bahawa prinsip persamaan taraf yang diperkenalkan oleh tamadun Islam tersebut membantu masyarakat sejagat untuk mengekalkan keharmonian masyarakat.

1.4: EKONOMI

Dalam tempoh zaman jahiliah, aktiviti ekonomi diadakan dengan menggunakan amalan riba dan penindasan. Mereka yang berada dalam peringkat tertinggi dalam tingkat kehidupan manusia akan menindas golongan bawahan. Hal ini menyebabkan jurang kehidupan antara pihak atasan dan bawahan sangat berbeza. Namun demikian setelah kedatangan tamadun Islam, keadaan ini berubah.

Ekonomi Islam ialah suatu ilmu yang berteraskan syaria’ah bagi melindungi ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam ,dengan memenuhi kepuasan manusia untuk melaksankan tanggungjawab terhadap Allah dan masyarakat keseluruhannya.

Bagi memastikan hak milik perseorangan, hak milik bersama dan hak milik negara terjamin, wujud hal-hal yang berkaitan seperti soal percukaian, pembangunan tanah, pertanian, galian dan perlombongan. Kegiatan-kegiatan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian dan pelaburan juga turut diperkembangkan.

Cara kegiatan ekonomi ini dijalankan menghasilkan kemajuan yang pesat dalam kehidupan masyarakat. Banyak pencapaian yang dicapai malah aktiviti ekonomi dalam bidang pertanian dan perdagangan diteruskan selepas kedatangan Islam dengan jayanya. Islam juga meningkatkan aktiviti perdagangan dalam kalangan orang Melayu yang dahulunya merupakan antara masyarakat yang tertindas.

Berikutan dengan itu, lahir pasar besar bertaraf antarabangsa yang dihadiri oleh pedagang Arab, Parsi, China, India dan sebagainya. Sistem barter bertukar dengan penggunaan sistem mata wang. Ekonomi berasaskan perdagangan dan pertanian yang dijalankan juga adalah merupakan hasil diplomatik antara tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain. Banyak penemuan dan teknik baru dalam pertanian, perindustrian dan sistem pengairan yang meningkatkan taraf ekonomi mereka. Hasil-hasil tanaman dieksport untuk mendapatkan keuntungan selain menapung keperluan rakyat. Antara tokoh-tokoh yang terkenal dalam kegiatan ekonomi adalah Al-Qurtubi dan Al Suhrawi.

Meninjau keadaan ekonomi kita sekarang, kita sebenarnya dapat melihat dengan jelas persamaan system perdagangan dan pertanian yang diadaptasi daripada cara yang digunakan oleh masyarakat tamadun Islam suatu ketika dahulu.

1.5: PERUBATAN

Dalam ajaran agama Islam setiap penyakit datangnya drpd Allah S.W.T dan hanya Allah yang boleh menyembuhkannya melalui ikhtiar atau usaha yang dilakukan. Ikhtiar yang dimaksudkan ialah melalui pengambilan rawatan (ubat) serta doa dan penggunaan ayat-ayat Al-Quran. Hal ini demikian kerana Kesakitan (nyeri) penyakit ialah cabaran dan dugaan Allah S.W.T untuk menguji ketabahan dan kesabaran seseorang. Sebenarnya terdapat cara untuk menghindar daripada menghidap penyakit. Antaranya ialah amalan beriadah dan rekreasi. Menjaga kebersihan (fizikal, mental & spiritual) dan tidak boleh berputus asa dalam usaha menyembuhkan semua penyakit.

Dalam tamadun Islam, banyak perkara yang telah dicapai dan semestinya digunakan sehingga kini. Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi (Rhazes) merupakan ahli perubatan yang pertama membezakan penyakit cacar dan campak. Dia juga telah membahagikan ubat kepada 3 kategori iaitu galian (mineral), sayuran (vegetables) & benda hayat (biological).

Ali ibn al-Abbas al-Ahwazi pula merupakan Ahli perubatan yang pertama menerangkan hubungan antara rangkaian urat dengan arteri. Beliau juga menerangkan kepayahan untuk menyembuhkan penyakit tibi seterusnya menyedarkan manusia supaya berjaga-jaga dalam semua perkara terutamanya melakukan perkara yang mendedahkan mereka kepada penyakit tibi. Beliau juga Berjaya mencipta dan menerangkan pelbagai jenis pil, bedak, sirap, salap dan sebagainya.

Abu al-Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi pula mempelopori pengetahuan tentang pembedahan biasa, kaedah mengeluarkan batu dari pundi kencing, pemotongan organ serta pembedahan mata dan gigi. Beliau juga ada menulis tentang gynaecologi iaitu masalah yang berkaitan dengan mata & telinga. Ibn Sina (Avicenna) pula menerangkan dengan lebih lanjut mengenai meningitis dan melanjutkan penerangan Ali ibn al-Abbas al-Ahwazi mengenai tibi dengan penemuan tentang proses bagaimana tibi berlaku. Faktor penyakit kuning (jaundice) juga dikenalpasti oleh beliau.

Selain itu, Abu Qasim ibn al-Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi telah Mencipta alat perkakas terutama dalam proses pembedahan dan Berjaya mencipta 300 jenis alat dan perkakas yang diperlukan dalam perubatan. Di samping itu, buku-buku perubatan telah ditulis oleh tokoh-tokoh yang dilahirkan dalam tamadun Islam iaitu Shifa, Al-Urjuzah fi Tibb Qawanin, Al-Kitab al-Malaki dan sebagainya dan turut diterjemahkan ke dalam bahasa Barat.

1.6: BOTANI

Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan.

IBN AL-BAITAR atau nama penuhnya Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi merupakan seorang saintis terulung Muslim Sepanyol dan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan. Beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau telah mempelajari ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. Selepas tahun 1224, beliau menyertai perkhidmatan al-Kamil kerajaan Gabenor Mesir dan dilantik sebagai ketua pakar herba. Beliau meninggal dunia di Damsyek pada tahun 1248. Beliau merupakan salah satu tokoh yang terkenal dalam bidang botani.

Dalam bidang ini, beliau telah menulis Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan di Arab Saudi. Ensiklopedianya itu mengandungi kira-kira 1,400 pelbagai perkara yang sebahagian besarnya mengenai tumbuhan perubatan dan sayur-sayuran. Ensiklopedia itu turut mendedahkan kira-kira 200 jenis tumbuh-tumbuhan yang sebelum itu tidak dikenali. Ensiklopedia itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan diterbitkan pada tahun 1758.

Karya beliau yang kedua ialah Kitab al-Mlughni fi al-Adwiya al-Mufrada iaitu sebuah ensiklopedia perubatan. Dalam ensiklopedia tersebut, terdapat 20 bab berlainan mengenai tumbuh-tumbuhan yang mempunyai signifikan dengan penyakit berpunca dari kepala, telinga, mata dan lain-lain. Sumbangan Ibn Baitar dalam bidang ini lebih kepada karakter hasil pemerhatian, analisis dan klasifikasinya terhadap tumbuh-tumbuhan.

Secara keseluruhannya, beliau sebagai salah seorang daripada tokoh yang muncul pada zaman kegemilangan tamadun islam memberikan banyak sumbangan kepada dunia botani dan perubatan kini.

1.7: SAINS dan TEKNOLOGI

Seperti bidang-bidang lainnya, bidang ini juga sangat berkait rapat dengan tamadun Islam. Dalam bidang astronomi, Ibn Al Zarqiyali telah dikenalpasti sebagai seorang tokoh yang mahir dalam menentukan gerhana matahari. Beliau juga telah mencipta kompas untuk menentukan jarak antara bulan & bumi di antara bintang dan matahari. Abdul Rahman Al-Sufi (Tokoh astronomi) juga telah menulis buku yang bertajuk Figures of stars yang memuatkan peta bintang-bintang tetap dengan rajah. Buku ini menjadi panduan para pedagang yang belayar untuk ke tempat-tempat yang ditetapkan.

Selain itu, Muhammad bin Musa telah mencipta jam Astrolab iaitu alat yg boleh mengukur masa di dunia. Abu Solet pada abad ke 12 M telah mencipta alat yang boleh menimbulkan semula kapal yang tenggelam. Abu al-Rayhan al-Biruni pula merupakan saintis yang terkenal dan mahir dalam matematik dan astronomi. Penemuannya digunakan dalam meramal gerhana matahari.

Bidang fizik dalam dunia moden ditakrifkan sebagai cabang ilmu yang berkaitan dengan kejasmanian. Dan tidak merujuk kepada pencipta. Tetapi, Fizik dalam agama Islam mengutamakan konsep “fizik tidak menafikan metafizik” iaitu penekanan dalam perkaitan antara fenomena alam dengan Khaliq. Dalam bidang ini Kamal al-Din al-Farisi telah membuat penerangan tentang fenomena kejadian pelangi. walaupun penerangannya dikatakan hampir sama dengan tokoh barat (Theodoric of Freiberg) namun pada zaman itu dipercayai bahawa penerangan beliau adalah yang terbaik. Usul mereka pada zaman itu juga sama dengan usul yang digunakan sekarang.

Ibn Haitham pula dikenali sebagai bapa optik moden. Dia menghabiskan masa dengan teori fizikal-bayang2, matahari, pelangi dan beliau juga sangat mahir dalam pelbagai bidang. Al-Biruni yang merupakan ahli fizik juga banyak menganalisis konsep asas jirim, graviti, ruang dan gerakan bumi.

Surahwadi pula telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Dia juga mengemukakan konsep alam dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Beliau juga telah membongkar hukum graviti semesta dan menjalankan banyak eksperimen mengenai cahaya.

Dalam cabang kimia, Ibn Sina telah membezakan semua jenis logam dan memperkembangkan ilmu kimia JABIR IBNU HAYYAN. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Tusi telah memperkenalkan kaedah Sejatan, penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Beliau juga mncpta asid galian seperti HNO3, H2SO4 yang banyak digunakan dalam kosmetik. Beliau juga telah mencipta bahan kimia yang boleh melebur emas yang dpanggil aqua regia dan turut menemukan kaedah pemurnian besi.

Tamadun Islam juga telah mengasaskan penciptaan bahan-bahan kosmetik melalui penemuan dan pencantuman bahan kimia. Antara kosmetik tersebut ialah, gincu, deodorant, pisau pencukur, losyen tangan, pewarna rambut, pemutih gigi dan penghasilan minyak wangi.

Dalam penciptaan teknologi, Ibn Al-Haytham telah mempelopori penciptaan kamera yang digunakan secara meluas sehingga kini. Beliau mengemukakan bahwa cahaya bergerak lurus dan digunakan dalam penciptaan kameranya. Di samping itu kompas dicipta dan digunakan dalam pelayaran dan ini membantu kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat.

1.8: BAHASA, KESENIAN dan KEBUDAYAAN

Dari aspek bahasa, tamadun islam memberi sumbangan kepada penambahan perbendaharaan kata kepada bahasa-bahasa daripada bangsa atau tamadun lain. Contohnya, bahasa Melayu menggunakkan bahasa arab sebagai bahasa pinjaman dalam senarai tatabahasa seperti perkataan Assalamualaikum.

Seni bina Islam pula telah menyumbang kepada pembinaan masjid yang dibina oleh Rasullulah s.a.w di mana ianya merupakan masjid pertama yang berjaya memperlihatkan senu budaya masyarakat Islam. Dikatakan bahawa masjid Suriah di damsyik menjadi mercu tanda keagungan seni bina masjid pada zaman Bani Umaiyah.

Seni bina tamadun Islam juga diperlihatkan melalui pembinaan bandar, kota dan pusat pertahanan. Pembinaan kota ini bertujuan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh dan ianya dibuat dengan begitu rapi dan teliti serta binaanya sangat kukuh untuk menjamin keselamatan negara. Selain itu, pembinaan hospital dan klinik juga mengagungkan seni bina tamadun islam. Umumnya, hospital disebut sebagai mustasyfayat dalam bahasa Arab tetapi binaan seni bina hospital tidak sehebat pembinaan masjid. Hospital pertama dipercayai terdapat di Kaherah yang dibina oleh Ibn Tulun (827 M).

Selain seni bina, seni ukir juga dapat dilihat perkembangannya dan seterusnya menjadi panduan kepada seni ukir pada masa kini. Bangsa Arab ialah pengukir terhebat yang memang dikenalpasti semasa kerajaan Saba’ di mana mereka berjaya mengukit patung Puteri Balqis bersama dua orang dayang yang sedang duduk di atas taktha. Mereka kemudian mengembangkan seni ukir kepada seni ukir Islam yang dikenali sebagai arabesque yang bermaksud ‘suatu corak seni yang berkembang dan menuju ke pelbagai arah’ bersesuaian dengan sifat Allah s.w.t yang tidak terbatas. Pada zaman Renaissance, seni ukir Islam telah terjalin dengan tulisan khat mempengaruhi seniman kristian. Contohnya, gereja Milano di Itali yang terdapat ukiran-ukiran bertulis Arab pada pintu masuknya.

Dalam tamadun Islam, seni muzik ditakrifkan sebagai bunyi yang mengahsilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan. Terdapat perkaitan antara seni muzik dan keagamaan serta bidang seni lainnya. Sebelum kedatangan Islam, orang yahudi mendominasi seni muzik dan tokoh muzik yang terkenal ialah phytagoras. Mereka percaya bahawa kuasa ghaib boleh timbul dengan kuasa muzik. Setelah kedatangan Islam, setiap perbuatan yang bertentangan dengan Islam dalam seni muzik diharamkan. Hanya muzik yang tidak melewati batas serta tidak melalaikan sahaja dibenarkan. Menurut Imam Ghazali, muzik yang melalaikan pendengar daripada tanggungjawab tidak dibenarkan.

Al Farabi dalam tamadun Islam merupakan seorang pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah daripada bahasa Arab yang bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan classification of Rhythm. Berpandukan buku-buku ini, masyarakat Eropah berusaha membina empayar muzik dan kini menguasai industri muzik.Khalil bin Ahmad pula telah menghasilkan kamus muzik yang juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Seni Sastera dalam Islam ialah hasil-hasil karya seni daripada umat Islam sebagai menifestasi penghayatannya terhadap agama Islam yang dilahirkan dalam bentuk bahasa. Sastera pada peringkat asalnya berlaku secara lisan dan berkembang kepada bentuk bahasa. Kesusasteraan Islam dihasilkan dalam bentuk puisi (syair dan burdah) dan prosa (kisa dan biografi). Kesusasteraan Islam yang sangat terkenal di dunia Barat ialah Hikayat 1001 Malam dan Rubaiyat Omar Khayyam oleh Firdausi. Kesimpulannya, konsep kesenian menurut Islam memenuhi naluri asasi manusia yang mengarah kepada keselamatan dan kesenangan. Seni perlu mengandungi moral sehingga kesenangan yang diusahakan itu tidak merosakkan tamadun.

REFLEKSI


“We pass through this world but once. Few tragedies can be more extensive than the stunting of life, few injustices deeper than the denial of an opportunity to strive or even to hope, by a limit imposed from without, but falsely identified as lying within.”

Stephen Jay Gould, The Mismeasure of Man

Evolution made civilization steward of this planet. A hundred thousand years later, the steward stood before evolution not helper but destroyer, not healer but parasite. So evolution withdrew its gift, passed civilization by, rescued the planet from intelligence and handed it to love. ~Richard Bach

Sebelum mempelajari mata pelajaran ini, saya sejujurnya menyatakan bahawa saya kurang menyukai mata pelajaran ini. Hal ini demikian kerana, saya masih terbawa-bawa dengan sikap tidak terbuka dalam menerima pengaruh dari luar kepercayaan saya.

Namun demikian, setelah mempelajarinya satu demi satu saya mendapati bahawa amat penting untuk saya mempelajari setiap perkara yang terjadi pada suatu tamadun yang pernah bangkit di dalam dunia ini. Benar kata Stephen Jay Gould dan Richard Bach di atas. Mereka kedua-duanya memperkatakan bahawa tamadun atau ketamadunan itu amat penting dalam kehidupan sepanjang zaman. Saya harus belajar daripadanya, mengkaji punca kejatuhannya supaya apabila bangsa pada masa kini mengalami masalah yang sama, cara mengatasi dapat diambil dengan bijak.

Tamadun Islam pada dasarnya mempunyai banyak pencapaian iaitu tidak hanya terbatas kepada pencapaian jasmani tetapi juga dari segi rohani. Jika dibandingkan dengan tamadun lain, tamadun Islam mempunyai perbezaan yang amat ketara. Contohnya, pada zaman sebelum itu, tamadun lain seperti tamadun cina menggunakan cara kekerasan untuk memperluaskan pengaruh. Namun demikian, tamadun Islam memperkenalkan kaedah penaklukan psikologi yang tidak melibatkan pertumpahan darah. Mereka bijak menggunakan kaedah pujuk rayu dalam memperluaskan pengaruh.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Saya mengakui kebenaran Wahyu yang dikirimkan oleh Malaikat Jibril kepada Rasullulah s.a.w yang menyeru umat islam atau manusia membaca. Hanya melalui membaca saya dapat memperkayakan pengetahuan saya. Hal ini saya dapat bukitkan melalui pencapaian pembelajaran saya. Bilamana sa suka membaca, saya bukan sahaja mampu memperolehi banyak maklumat malah minda saya bergerak atau bertindak lebih cepat untuk memproses sesuatu maklumat yang diterima.

Secara keseluruhannya, saya menyimpulkan bahawa pencapaian kebendaan memanglah sangat penting selaras dengan era globalisasi yang dilalui pada masa kini. Namun demikian, semakin maju manusia melalui kebendaan, hati mereka akan berada di sana. Oleh itu akan banyak hal yang buruk terjadi sekiranya ia tidak diseimbangkan dengan kerohanian. Walaupun ramai orang menganggap kerohanian itu remeh-temeh namun saya secara peribadi mengakui bahawa kemantapan kerohanian dalam diri seseorang individu amat penting agar keamanan dunia sejagat dapat dipertahankan.